Sabtu, 20 Oktober 2012

Bumi



Bumi merupakan planet yang ketiga dari matahari. Ia mengambil masa 365 hari untuk beredar mengelilingi matahari. Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan kerana mempunyai suhu yang sesuai, air, dan udara. Bumi mempunyai satu satelit semula jadi yang dikenali sebagai bulan. Bumi terdiri daripada batu- batan serta garam mineral seperti silikat, sulfide, nikel dan besi. Jarak bumi dari matahari lebih kurang 150 juta km . Hal ini menjadikan bumi tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas serta sesuai untuk manusia, haiwan dan tumbuhan hidup. 

Bumi satu-satunya planet dalam system suria yang mempunyai lapisan hidrosfera iaitu terdapat lautan dan kawasan lain yang berair. Atmosfera bumi terdiri daripada oksigen, karbon dioksida, dan nitrogen yang diperlukan oleh kehidupan. Bumi mempunyai ketumpatan yang lebih kurang sama dengan planet kerdil seperti utarid dan zuhrah tetapi lebih tumpat berbanding dengan planet-planet gergasi seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

0 ulasan:

Catat Ulasan