Rabu, 24 Oktober 2012

Mari belajar planet

Hai adik-adik,

Cikgu Hamisah hari ini akan melancarkan blog cikgu bertajuk Eksplorasi Planet. Kenali sistem suria kita, di mana planet bumi kita, kedudukan planet dalam sistem suria dan sebagainya.

Nantikan kemunculan sulung blog cikgu ya (http://eksplorasiplanet.blogspot.com). Cikgu akan update bahan dari semasa ke semasa. Bye.

Cikgu Noor Hamisah bt Ardi
SK Jalan Baharu Parit Buntar
http://eksplorasiplanet.blogspot.com
Kemaskini terakhir : 16 November 2012 2:46 petang

No Matrik : D20112056235
Kod Kursus : KRT3013
Pensyarah : Pn Nur Saadah bt Fathil


Selasa, 23 Oktober 2012

Sistem Suria

Soalan Latihan





Isnin, 22 Oktober 2012

Utarid



Utarid adalah planet yang paling dekat dengan matahari. Ia mengambil masa 59 hari untuk beredar mengelilingi matahari.

Planet Utarid ialah sebuah planet berkawah yang tidak mengandungi udara dengan saiz 1/3 diameter bumi, iaitu hampir sama dengan saiz bulan. Ia dpengaruhi tekanan pasang-surut (tidal force). Selain daripada itu, suhu pada permukaan planet ini panas. Pada waktu siang suhunya mencecah sehingga 700K (427°c), manakala suhu pada waktu malamnya pula ialah 100K (-173°c). Suhu yang melampau ini menyebabkan planet itu tidak dapat mengekalkan atmosferanya. Mealaui pemeriksaan spektrum, terdapat sisa-sisa hidrogen, helium, oksigen, potassium dan sodium. Unsur-unsur ini telah dibawa oleh angin suria (solar wind). Selain itu, permukaan planet (kerak) itu ialah permukaan yang berbatu yang ‘dilukai’ oleh kawah-kawah (craters) yang berbagai saiz.

Dalam penjelajahan Pioneer 10 ke planet itu,satu lembah yng panas yang dinamakan ‘caloris’ (haba) telah dijumpai. Lembah ini terletak di sebelah utara dan selatan, iaitu pada perihelion yang berselang-seli. Perihelion ialah kawasan yang paling dekat dengan matahari, manakala adhelion pula ialah kawasan yang paling jauh dengan matahari. Lembah caloris ini ialah lembah gergasi yang terhasil daripada kesan hentaman (1300 km) yang kuat. Semasa hentaman itu berlaku, satu gelombang ‘seismik’ akn wujud dan menghasilkan lembah. Di dalam lembah ini pula terdapat bulatan-bulatan lain dan gunung yang setinggi 3 km. Sebahagian dari lembah ini diisi dengan belerang.

Daripada gambar foto yang diperolehi dari ‘mariner’, terdapat satu corak (pattern) di permukaan Utarid yang tidak terdapat di permukaan bulan. Corak ini dipanggil ‘Lobate scarps’ iaitu satu lengkungan curam yang besar yang wujud selepas kewujudan ‘caloris’. Ia terbentuk akibat proses penyejatan dan penyejukan yang terjadi diplanet ini denan ketinggian 3 km dan panjang beratus-ratus kilometer. Planet Utarid tidak seperti planet bulan. Ini kerana ia tidak mempunyai ‘dark maria’.
Mengikut pengiraan, planet Utarid adalah 60% lebih tumpat daripada bulan. Disebabkan oleh permukaannya yang berbatu, terasnya mestilah besar dan tumpat seperti logam. Haba di planet ini cepat hilang kerana saiznya yang kecil. Terdapat juga medan magnet diplanet ini, iaitu wujud besi lebur teras. Besi yang lebur itu bercampur dengan sulfur dan ini menahannya dari membeku. Asasnya, teras planet ini lebih besar berbanding kerak dan mantelnya.

Tidak terdapat banyak fakta yang menyatakan tentang planet Utarid. Daripada fakta yang telah berjaya dikumpulkan telah dijadikan hipotesis gabungan dan daripada hipotesis ini, didapati Utarid terbentuk daripada nebula suria berdekatan dengan matahari. Planet ini bersaiz kecil, tetapi tumpat dan panas. Saiznya yang kecil disebabkan oleh kandungan bahan pepejal nebula suria berdekatan matahari dan kebanyakan bahan itu adalah logam. Peringkat kedua planet ialah sangat berkawah dan sangat cepat, tetapi apabila debuan sistem suria diangkat, kawah berkurangan. Planet Utarid secara umumnya, aktiviti geologi adalah mati.

Ahad, 21 Oktober 2012

Zuhrah



Zuhrah merupakan planet yang kedua dari matahari. Ia mengambil masa 225 hari untuk beredar mengelilingi matahari. Ia merupakan planet yang paling panas dalam sistem suria.

Planet Zuhrah dan Bumi dikatakan kembar, tetapi terdapat begitu banyak perbezaan antara keduanya. Hampir 95% saiz Zuhrah hampir dengan Bumi. Komposisnya juga dipercayai sama dengan Bumi. Secara kasar, 36 kapal angkasa telah melawat planet ini dan mendapati planet ini tidak mempunyai medan magnet dan teras planet kejora tidak cair seperti Bumi. Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari dengan arah ke belakang (retrograde). Saintis percaya planet ini mempunyai udara yang nyaman walaupun atmosferanya berawan, kering, panas dan bergunung berapi. Melalui spectra yang diterima dari kapal angkasa, atmosfera Zuhrah mengandungi 96%karbon dioksida, 3.5% nitrogen dan 0.5% wap air, argon, asid sulfurik, asid hidroklorik dan HF.

Atmosferanya yang ditutupi dengan awan tebal,mengandungi titisan asid sulfuric dan hablur sulfur mikroskopik. Maka permukaannya tidak dapat dilihat. Untuk melihat awan di planet ini, kapal angkasa telah menjatuhkan penduga (probe). Didapati awan-awan ini berlapis-lapis dan lebih tinggi dan stabil dari awan di Bumi. Oleh kerana atmosferanya panas, peredaran-peredaran gas di planet ini bergerak ke kawasan-kawasan gelap dan berkutub. Pergerakan ini menghasilkan alur-alur jet berkelajuan 300 km/j dari timur ke barat dan menyebabkan atmosferanya kelihatan berputar selama 4 hari. Pergerakan arus jet menyebabkan putaran planet ini menjadi perlahan.

Sama seperti di Bumi, peredaran awan di Zuhrah diganggu dan dipecahkan oleh cyclonic circulation (putaran siklonik). Awan dipecah-pecahkan. Gangguan ini berpunca dari putaran Bumi yang laju. Atmosfera dibahagian atasnya sejuk manakala di bahagian bawahnya pula adalah panas. Suhu di permukaannya ialah 745 K dan tekanannya 90 kali ganda dari tekanan di Bumi. Jika ketumpatan atmosfera di bumi 1000 kali ganda kurang dari air, tetapi di Zuhrah, udaranya hanyalah 10 kali ganda lebih tumpat dari air. Sebenarnya, atmosfera di Zuhrah sangat kering. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa suatu masa dahulu ada kandungan air yang mencukupi. Kapal angkasa Venus yang telah menuruni atmosfera Zuhrah pada tahun 1978 mendapati deuterion atom di planet itu adalah 150 kali ganda dari di Bumi.

Melalui simulasi, kemungkinan planet Zuhrah pada suatu masa dahulu mempunyai lautan air sedalam 25 m. Walaupun kandungan airnya yang banyak, tetapi air ini tidak boleh jatuh kerana suhu yang terlalu panas menyebabkan ia meruwap. Kini lautan air itu tidak wujud lagi akibat dari kesan rumah hijau.



Sejarah Zuhrah


Planet ini di percayai terjadi dalam 4 peringkat dan hampir dengan matahari. Ia berputar secara retrograde (terbalik) disebab oleh perlanggarannya dengan planetismal-plenetismal yang besar dan berputar selama 243 hari mengelilingi matahari. Terdapat proses pembezaan diplanet ini kerana tiada medan magnet yang menyebabkan tiada cairan logam yang panas. Atmosferanya yang panas menyebabkan keraknya menjadi lembut dan menggalakkan letupan gunung berapi. Apabila letupan gunung berapi terjadi, terasnya akan menjadi sejuk. Permukaan planet ini berkawah disebabkan oleh atmosferanya yang tebal. Oleh itu meteriod dan asteroid yang kecil akan dihancurkan sebelum sampai ke permukaan. Dipercayai usia kawah-kawah ini lebih tua dari yang yang terdapat di bumi, tetapi lebih muda dari yang terdapat di bulan. Akibat dari letupan gunung berapi, banjir lava sering terjadi.

Perubahan permukaan Zuhrah yang terakhir adalah perlahan. Haba yang terdapat di permukaannya dibebaskan oleh gunung berapi dan arus magma yang besar. Arus magma yang besar akan keluar melalui kerak. Berbeza dengan bumi yang mengeluarkan haba melalui rekahan-rekahan ke laut. Ahli-ahli patologi berpendapat bahawa planet yang besar boleh menyejuk dengan perlahan dan dalam masa yang sama goelogikalnya masih aktif.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Bumi



Bumi merupakan planet yang ketiga dari matahari. Ia mengambil masa 365 hari untuk beredar mengelilingi matahari. Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan kerana mempunyai suhu yang sesuai, air, dan udara. Bumi mempunyai satu satelit semula jadi yang dikenali sebagai bulan. Bumi terdiri daripada batu- batan serta garam mineral seperti silikat, sulfide, nikel dan besi. Jarak bumi dari matahari lebih kurang 150 juta km . Hal ini menjadikan bumi tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas serta sesuai untuk manusia, haiwan dan tumbuhan hidup. 

Bumi satu-satunya planet dalam system suria yang mempunyai lapisan hidrosfera iaitu terdapat lautan dan kawasan lain yang berair. Atmosfera bumi terdiri daripada oksigen, karbon dioksida, dan nitrogen yang diperlukan oleh kehidupan. Bumi mempunyai ketumpatan yang lebih kurang sama dengan planet kerdil seperti utarid dan zuhrah tetapi lebih tumpat berbanding dengan planet-planet gergasi seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Marikh



Marikh (Mars) adalah planet terdekat keempat dari Matahari. Namanya diambil dari nama Dewa Yunani kuno untuk perang. Namun planet ini juga dikenal sebagai planet merah     kerana penampakannya yang kemerah-merahan.
Lingkungan Mars lebih bersahabat bagi kehidupan dibandingkan keadaan Planet Venus. Namun begitu, keadaannya tidak cukup ideal untuk manusia. Suhu udara yang cukup rendah dan tekanan udara yang rendah, ditambah dengan komposisi udara yang sebagian besar karbondioksida, menyebabkan manusia harus menggunakan alat bantu pernapasan jika ingin tinggal di sana. Misi-misi ke planet merah ini, sampai penghujung abad ke-20, belum menemukan jejak kehidupan di sana, meskipun yang amat sederhana.
Planet ini memiliki 2 buah satelit, yaitu Phobos dan Deimos. Planet ini mengorbit selama 687 hari dalam mengelilingi matahari. Planet ini juga berotasi. Kala rotasinya24,62jam. Dalam mitologi Yunani, Mars identik dengan dewa perang, yaitu Aries, putra dari Zeu dan Hera.

Di planet Mars, terdapat sebuah fitur unik di daerah Cydonia Mensae. Fitur ini merupakan sebuah perbukitan yang bila dilihat dari atas nampak sebagai sebuah wajah manusia. Banyak orang yang menganggapnya sebagai sebuah bukti dari peradaban yang telah lama musnah di Mars, walaupun di masa kini, telah terbukti bahwa fitur tersebut hanyalah sebuah kenampakan alam biasa.

Khamis, 18 Oktober 2012

Musytari



Yupiter atau Jupiter adalah planet terdekat kelima dari matahari setelah Merkurius, Venus,Bumi dan Mars.

Jarak rata-rata antara Jupiter dan Matahari adalah 778,3 juta km. Jupiter adalah planet terbesar dan terberat dengan diameter ekuatornya 14.980 km dan memiliki massa 318 kali massa bumi. Periode rotasi planet ini adalah 9,8 jam, sedangkan periode revolusi adalah 11,86 tahun. Volume Jupiter 1.319 kai volume Bumi.

Rabu, 17 Oktober 2012

Zuhal



Planet Zuhal merupakan planet yang paling cantik sekali. Jika dilihat dari bumi, ia kelihatan kabur sebab terdapat jalur pada nya. Angin yang bertiup diplanet ini 3 kali ganda lebih kuat dari angin yang bertiup di Musytari. Di Zuhal, terdapat peredaran jalur. Terdapat 2 jenis jalur, zon terang dan zon gelap. Zon terang mempunyai suhu yang lebih tinggi. Musytari nampak kabur kerana atmosferanya berisi dengan gas metana. Ketumpatan Zuhal kurang dari bumi. Dan ini mencadangkan yang Zuhal sama dengan Musytari.

Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan helium. Gas-gas ini tak dapat membebaskan diri dari planet kerana planet Zuhal sejuk dan gravitinya amat kuat. Suhu yang sejuk membuatkan atom-atom hidrogen dan helium tidak dapat bergerak kerana kurang tenaga. Itulah sebabnya planet-planet Jovian dipanggil planet primitif kerana masih mengekal kan gas hidrogen dan helium. Teras Zuhal agak kecil dan mengandungi unsur-unsur berat seperti Ferum dan Magneseium.

Gelang Zuhal

Zuhal mempunyai beribu juta gelang dari yang bersaiz debu sehingga ke saiz rumah. Semuanya berada dipusat khatulistiwa. Gelang-gelang nya terbahagi kepada banyak lapisan dan dan dibahagikan dengan pembahagi 'Cassini'. Gelang-gelang nya dibuat dari lapisan 'Ringlets'. Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama. Terdapat 20 bulan didalam gelang nya. Bulan-bulan nya diperbuat dari ais dan batu. Bulan yang terbesar di planet Zuhal dipanggil Titan. Ianya lebih besar dari planet Utarid dan sangat sejuk. Suhunya mencapai -179 darjah selsius.


Sejarah Zuhal

Melalui pengkajian, Zuhal terbentuk dari kawasan luar nebula suria. ia diperbuat dari ais. Ia juga mempunyai graviti yang kuat kerana jisimnya besar. Terasnya mengandungi batu-batu, mantelnya mempunyai cecair logam hidrogen dan keraknya mempunyai cecair hidrogen. Separuh dari bulan-bulan di Zuhal terbentuk bersama-sama pembentukkan Zuhal dan setengah lagi dari asteroid. Permukaan bulan nya berkawah(purba). Dikatakan, bulan Titan mungkin berasal dari satu planetesimal besar yang terpe rangkap dalam orbit Zuhal. Zuhal adalah planet yang keenam dari matahari. Ia mengambil masa 29 tahun untuk beredar mengelilingi matahari. Zuhal mempunyai gegelang cerah disekelilingnya. Ia merupakan planaet yang paling cantik.

Selasa, 16 Oktober 2012

Uranus



Planet ketujuh dari Matahari. Mengambil masa 84 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Saiznya 50 kali ganda saiz bumi dan beratnya 15 kali berat bumi. Jaraknya dari matahari adalah 2 870 630 000 kilometer. Uranus mengambil masa 84 tahun 7 hari untuk melengkapkan satu putaran. Uranus berputar pada paksinya dari barat ke timur. Warnanya agak kehijauan dengan satu jaluran berwarna perak. Uranus sebuah planet yang sejuk di mana suhunya 190 darjah celsius.

Isnin, 15 Oktober 2012

Neptun



Planet kelapan dari Matahari. Mengambil masa 165 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Ia merupakan planet yang ke-empat besarnya dalam Sistem Suria. Neptun berwarna kehijauan dan beberapa jaluran warna. Jaraknya dari matahari adalah 4 496 730 000 kilometer. Garis pusat planet ini ialah kira-kira 50 232 kilometer. Ia mengambil masa 165 tahun untuk membuat satu putaran lengkap. Planet Neptun terdiri daripada lapisan-lapisan awan yang agak sejuk. Suhu di permukaannya adalah -220 darjah Celsius.

Ahad, 14 Oktober 2012

Bulan

Matahari

Komet



Komet merupakan kumpulan ketulan ais dan habuk kecil yang beredar mengelilingi Matahari. Ianya beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat besar. Menghabiskan banyak masanya di luar Sistem Suria.             
 
Di angkasa lepas terdapat beribu-ribu komet. Antara komet yang termasyhur adalah Komet Haley. Komet Haley telah berada di orbit selama lebih daripada 300 tahun yang lalu. Komet ini hanya boleh dilihat bagi jangka masa 76 tahun sekali. Ia boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam satu pusingan, Komet Halley akan mengelilingi Matahari dan kadang kala sehingga ke planet Musytari.
 
Seorang ahli astronomi dari Amerika Syarikat bernama Edmund Haley adalah orang pertama yang menjumpai Komet Haley ini. Komet Halet ini telah ditemui pada tahun 1682. Oleh itu komet itu telah dinamakan 'Haley', mengikut namanya.

Asteroid



Asteroid adalah objek berbatu yang beredar mengelingi matahari. Kebanyakan Asteroid terletak dalam satu jaluran antara planet Marikh dengan Musytari yang dikenal sebagai jaluran Asteroid. Asteroid berbeza-beza saiznya daripada sekecil habuk hingga beberapa kilometer diameternya.

Untuk membayangkan betapa kecilnya planet ini, 195 daripadanya mempunyai garis pusat lebih daripada 98 kilometer. 502 daripadanya mempunyai garis pusat antara 40 hingga 98 kilometer, 193 daripadanya mempunyai mempunyai garis pusat antara 16 hingga 40 kilometer  dan 22 lagi mempunyai garis pusat kurang daripada 16 kilometer. Jika semua semua ini jisim Asteroid ini disatukan, ia akan menjadi 1/3000 daripada bumi. Oleh itu, jika semua Asteroid sekalipun disatukan, ia akan merupakan sebuah planet yang tidak bererti bagi kita. Teori bagaimana Asteroid ini terbentuk ialah satu satelit Musytari telah meletup dan mengeluarkan cebisan-cebisan ini.

Rabu, 10 Oktober 2012

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Pergerakan Bumi Di Dalam Sistem Suria

MENGENALI PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

Sistem Suria (Nota Slideshare)

Peta minda Bumi dan Alam Semesta

Earth and Universe Sample